Sunday, May 1, 2011

Kate Middleton Wedding Dress


1st time mata terpacak kt bju kate..mmg jatuh cinta habis kt bju dia...dari leher sampai ke hujung kain suka sangat tgk.corak kain lace dia cantik, ropol kt pinggang n kain dia mmg unik.santeeek sangat..pastu start plak berangan nk pkai dress kawen cm tu tp kne modify la bg islamic looked as kita ni org islam.disebabkan bhgian lengan tu nmpak aurat, aku konon2 la nk bg lining kaler baby blue.Princess kate mmg serius sngt cantik kalah citer cinderella. So aku pn nk jd cm princess gak even x kawen ngn putera raja at least kwen ngan raja sehari..kui2.



Jom usha lagi baju kate

The ivory and white  silk gazar wedding dress with V-neck lace bodice is a delightful combination of traditional and modern elements.

Mencari Mr Right

Bagaimana nak mencari Mr Right ye?maksud aku seorang lelaki yang menjadi pasangan terbaik untuk kita.Dia tak semestinya sempurna tapi dia adalah orang yang terbaik untuk kita. Kita boleh menerima dia dan dia menerima kita dengan tahap paling ikhlas. Mungkin kita akan bersetuju untuk menerima seseorang lelaki dalam hidup kita walaupun terdapat kekurangan yang ade pada dirinya. Dan kita menerima lelaki itu untuk beberapa sebab. Sebagai contoh seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah berbanding si perempuan. Walaupun si lelaki kurang educated dan kurang up to date dengan perubahan semasa, tetapi dia adalah seorang yang beriman, menghormati orang tua, dan rajin bekerja serta mampu menjadi imam ketika solat berjemaah bersama di dalam rumah. Kemudian compare plak lelaki yang bergaya, up to date dan educated tetapi busy memanjang, tiada masa untuk solat berjemaah bersama, tahap caring yang kurang,suka membangga diri ditambah pula dengan sikap gatal. Agak-agak lelaki mana yang menjadi pilihan hati? Sukar untuk mencari lelaki yang seimbang dari pelbagai sisi dan sudut. Aku mendamba pasangan yang sederhana, kekufu dan sefikrah agar rentak jalan kami seiring, nada sekata, saling memahami dan melengkapi. Pernah kutemui dia yang kugelar sebagai permata pengganti kepada si kaca, dia seorang yang paling serasi denganku, namun telah tertulis aku bukan dari tulang rusuk kirinya, aku redha andai itu adalah yang terbaik untuk kami berdua. Biar masa berputar, harapanku takkan putus menunggu pemilik tulang rusuk ini. Siapa agaknya pemilik tulang rusuk ini? aku harapkan si dia akan temui tulang rusuknya sebelum tulang rusuk ini genap berusia 25tahun.

Sunday, February 27, 2011

susu kambing Hi Goat


Tidak menyebabkan alahan, Menguatkan sistem imunisasi, Bersifat alkali, Meningkatkan daya peka dan tumpuan, Melancarkan sistem penghadaman dan usus, Membantu mengubati Kanser, Demam Kuning, Gastrik, Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Ulser, Sukar Tidur dll, Mengimbangi gula dalam darah, Tidak sebabkan kahak , Awet muda 
  • Tinggi PROTEIN
  • Tinggi KALSIUM, SELENIUM, dan vitamin

Sunday, October 24, 2010

Suka duka kehidupan di Kundang Ulu...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi akhirnya waktu genting untuk kami mpersembahkan intervensi kepada penduduk SK RKT Sri Ledang berjaya dilaksanakan. Bermula daripada intervensi pertama iaitu ceramah kesihatan berkaitan fizikal aktiviti yang diadakan pada 16hb Oktober 2010, kemudian pemberian 'booklet' pada hari yang sama memberikan kami semangat yang membuak-buak untuk terus memberikan 'next' intervensi kepada murid sekolah, guru-guru serta ibubapa murid tahun 3-6. Ceramah yang diadakan sebagai intervensi pertama kami memberikan kami satu anjakan paradigma di mana kami terpaksa menguruskan banyak hal bertiga. Bermula daripada hal surat menyurat, borang keizinan, hal-hal cenderamata, pengangkutan,protokol, multimedia, urusetia, penceramah, pengerusi majlis, tukang mengambil gambar, teknikal semuanya teralas di atas bahu kami bertiga iaitu saya serta rakan seangkatan fatin dan shila. Terima kasih berbillion kepada fatin dan shila merangkap rakan serumah dan rakan se'course'.Tidak lupa juga kepada rakan sefakulti, liyana kamaludin, saufi dan salahudin yang membantu melancarkan sedikit sebayak urusan kami ketika ceramah dilangsungkan.

     Saya sebagai wakil pelajar fisioterapi UKM diberi tanggungjawab untuk memberikan ceramah kesihatan merasa pengalaman pertama saya memberikan ucapan panjang lebar pada orang ramai pada mulanya agak gementar sedikit tapi dengan bantuan, sokongan, tunjuk ajar dari pelbagai pihak, perasaan itu dapat dikikis sewaktu sesi ceramah semakin rancak diadakan. Boleh dikatakan saya umpama bidan terjun pada waktu itu kerana diberikan tanggungjawab penuh untuk melengkapkan intervensi pertama. Ditambah dengan sesi soal jawab yang kadang kala menduga minda saya untuk memberikan jawapan yang bernas. Demonstrasi SMART 10! pula berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan daripada fatin sebagai instructor kepada beberapa orang murid yang terpilih tampil ke hadapan. Terima kasih banyak-banyak pada shila as pengerusi majlis merangkap exco protokol, fatin sebagai exco multimedia dan instructor, dan diri sendiri sebagai penceramah merangkap exco cenderamata. Dan lain2 jawatan pula kami bertiga tanggung bersama.

     Bercerita sedikit sebanyak berkaitan dengan booklet atau buku panduan SMART 10!, ia merupakan satu sumber yang diberikan kepada murid, guru-guru serta ibu bapa murid tahun 3-6 untuk dijadikan panduan dalam menjalankan aktiviti fizikal sama ada di sekolah, di rumah mahu pun ketika membuat aktiviti bersama rakan sebaya. Gambar di dalam buku tersebut merupakan anak saudara saya, Nurain Nabilah. Hasil kerjasama baik 'budak kecil' ni maka terhasil lah buku panduan SMART 10! . Buku panduan tersebut telah diedarkan kepada murid, guru serta ibubapa murid tahun 3-6 sewaktu intervensi ceramah diadakan.

     Sebenarnya sebelum ini kami telah datang ke Sk RKT Sri Ledang pada 2-3/10/10 yang lalu untuk mengambil bacaan data bagi melihat tahap kecergasan dan kognitif murid tahun 3-6.Kami mengharapkan agar intervensi atau perawatan yang kami berikan akan dapat meningkatkan tahap kecergasan serta kognitif murid tahun 3-6 SK RKT Sri Ledang.

     Manakala intervensi yang ketiga adalah bengkel kesihatan di mana kami perlu memberi booster dose untuk our next visit.Bengkel yang dinamakan bengkel SMART 10! tersebut diadakan pada 29hb Oktober 2010 khas untuk guru-guru SK RKT Sri Ledang. Nampaknya program yang bermula pada jam 2.30ptg dan berakhir pada jam 4ptg mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru yang sporting ketika diberikan tugas untuk merekacipta satu aktiviti fizikal untuk anak murid mereka.

     Pada hari Sabtu 23hb Oktober 2010 pula diadakan bengkel untuk ibubapa dan murid dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru, serta persatuan belia dan beliawanis felda Sri Ledang. Walaupun cuaca nampak mendung, program yang melibatkan murid serta ibubapa murid tahun 3-6 ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Sokongan penduduk felda Sri Ledang yang sporting dan memberikan kerjasama yang baik amat memberikan kemeriahan di padang awm Felda. Walaupun begitu kami merasa agak terkilan kerana terdapat lagi 2 aktivit sukaneka tidak dapat diadakan kerana cuaca hujan. Jadi hadiah yang lebih kami simpan dahulu untuk aktiviti pada kedatangan kami yang seterusnya.