Sunday, October 24, 2010

Suka duka kehidupan di Kundang Ulu...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi akhirnya waktu genting untuk kami mpersembahkan intervensi kepada penduduk SK RKT Sri Ledang berjaya dilaksanakan. Bermula daripada intervensi pertama iaitu ceramah kesihatan berkaitan fizikal aktiviti yang diadakan pada 16hb Oktober 2010, kemudian pemberian 'booklet' pada hari yang sama memberikan kami semangat yang membuak-buak untuk terus memberikan 'next' intervensi kepada murid sekolah, guru-guru serta ibubapa murid tahun 3-6. Ceramah yang diadakan sebagai intervensi pertama kami memberikan kami satu anjakan paradigma di mana kami terpaksa menguruskan banyak hal bertiga. Bermula daripada hal surat menyurat, borang keizinan, hal-hal cenderamata, pengangkutan,protokol, multimedia, urusetia, penceramah, pengerusi majlis, tukang mengambil gambar, teknikal semuanya teralas di atas bahu kami bertiga iaitu saya serta rakan seangkatan fatin dan shila. Terima kasih berbillion kepada fatin dan shila merangkap rakan serumah dan rakan se'course'.Tidak lupa juga kepada rakan sefakulti, liyana kamaludin, saufi dan salahudin yang membantu melancarkan sedikit sebayak urusan kami ketika ceramah dilangsungkan.

     Saya sebagai wakil pelajar fisioterapi UKM diberi tanggungjawab untuk memberikan ceramah kesihatan merasa pengalaman pertama saya memberikan ucapan panjang lebar pada orang ramai pada mulanya agak gementar sedikit tapi dengan bantuan, sokongan, tunjuk ajar dari pelbagai pihak, perasaan itu dapat dikikis sewaktu sesi ceramah semakin rancak diadakan. Boleh dikatakan saya umpama bidan terjun pada waktu itu kerana diberikan tanggungjawab penuh untuk melengkapkan intervensi pertama. Ditambah dengan sesi soal jawab yang kadang kala menduga minda saya untuk memberikan jawapan yang bernas. Demonstrasi SMART 10! pula berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan daripada fatin sebagai instructor kepada beberapa orang murid yang terpilih tampil ke hadapan. Terima kasih banyak-banyak pada shila as pengerusi majlis merangkap exco protokol, fatin sebagai exco multimedia dan instructor, dan diri sendiri sebagai penceramah merangkap exco cenderamata. Dan lain2 jawatan pula kami bertiga tanggung bersama.

     Bercerita sedikit sebanyak berkaitan dengan booklet atau buku panduan SMART 10!, ia merupakan satu sumber yang diberikan kepada murid, guru-guru serta ibu bapa murid tahun 3-6 untuk dijadikan panduan dalam menjalankan aktiviti fizikal sama ada di sekolah, di rumah mahu pun ketika membuat aktiviti bersama rakan sebaya. Gambar di dalam buku tersebut merupakan anak saudara saya, Nurain Nabilah. Hasil kerjasama baik 'budak kecil' ni maka terhasil lah buku panduan SMART 10! . Buku panduan tersebut telah diedarkan kepada murid, guru serta ibubapa murid tahun 3-6 sewaktu intervensi ceramah diadakan.

     Sebenarnya sebelum ini kami telah datang ke Sk RKT Sri Ledang pada 2-3/10/10 yang lalu untuk mengambil bacaan data bagi melihat tahap kecergasan dan kognitif murid tahun 3-6.Kami mengharapkan agar intervensi atau perawatan yang kami berikan akan dapat meningkatkan tahap kecergasan serta kognitif murid tahun 3-6 SK RKT Sri Ledang.

     Manakala intervensi yang ketiga adalah bengkel kesihatan di mana kami perlu memberi booster dose untuk our next visit.Bengkel yang dinamakan bengkel SMART 10! tersebut diadakan pada 29hb Oktober 2010 khas untuk guru-guru SK RKT Sri Ledang. Nampaknya program yang bermula pada jam 2.30ptg dan berakhir pada jam 4ptg mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru yang sporting ketika diberikan tugas untuk merekacipta satu aktiviti fizikal untuk anak murid mereka.

     Pada hari Sabtu 23hb Oktober 2010 pula diadakan bengkel untuk ibubapa dan murid dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru, serta persatuan belia dan beliawanis felda Sri Ledang. Walaupun cuaca nampak mendung, program yang melibatkan murid serta ibubapa murid tahun 3-6 ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Sokongan penduduk felda Sri Ledang yang sporting dan memberikan kerjasama yang baik amat memberikan kemeriahan di padang awm Felda. Walaupun begitu kami merasa agak terkilan kerana terdapat lagi 2 aktivit sukaneka tidak dapat diadakan kerana cuaca hujan. Jadi hadiah yang lebih kami simpan dahulu untuk aktiviti pada kedatangan kami yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment