Friday, August 12, 2011

biar lah

Kau penghibur hatiku di kala aku kesunyian. Kau setia menemani hdupku. Kini kau pergi dari hidupku.aku tau semuanya salahku krn aku tidak mjgmu dgn baik. Biar kau dirampas dr insan lain dr ku, aku hrp kau berbhgia bsmanya.aku terima pemergianmu dgn redha. Pengganti y ada mungkin tidak sama dgn mu. Ingatlah saat-saat bhgia kita brsm dan aku ingin kau tau aku amat mnyayangi dr mu, hpku sony eric model hazel

Sunday, July 10, 2011

1st week working

.....................................2nd,3rd,4th,5th,6th n 7th week........................

mak pun berkata

kata kerje...kok siap kira mggu...

mak....org xsuka keje ngn org y xnk bg kerjasama

org sedar..sape org...org tu xpatut wat org cenggini...

org pn cari rezeki jgk...

mak....ade org ske kt org..tp org ssh nk bg tau kt mak...

sbb org pn x pasti org ske tak kt org y ske org..

org xrasa org ngan org tu serasi...

mungkin selama ni org just bersabar n layankn aje org tu

tp org selesa kwn je ngn dia

tp utk jd sbhgian dr hdup org..org sndri tak yakin...

org ni..mak tau tau jela..sensetip sngt..

klau blh org dh xnk contact ngn dia....tp bl skjap je xcontact org rasa lain n sedih sngt

mak....org btl2 buntu n sesak...

org nk y jd psngn org pun mak btul2 bkenan..xde bnyk soal n xde byk keraguan...

mak....tlg lah org..org sedih sngt....doakn y terbaik utk org...

Tuesday, June 21, 2011

Tempat paling panas dan paling sejuk di dunia...nak tau?check it out.~

Tempat paling panas di dunia terletak di negara Libya. Tempat tersebut yang diberi nama Al-Aziziyah mempunyai suhu yang panas mencecah 58.0 darjah celsius. Kebanyakan negara yang terletak di timur tengah dan afrika menjadi kawasan yang terpanas di bumi ni di samping US juga mempunyai tempat paling panas bernama Greenland Ranch.

Peta negara Libya

Bukit bukau di Al-Aziziyah

Ranking tempat-tempat paling panas di dunia:
1.Al'Aziziyah Libya 58.0 darjah C
2.Greenland Ranch, Death Valley United States 56.0
3.Ghudamis Libya 55.0
4.Kebili Tunisia 55.0
5.Timbouctou Mali 54.5
6.Araouane Mali 54.4
7.Tirat Tavi Israel 53.9
8.Ahwaz Iran 53.5
9.Agha Jari Iran 53.3
10.Wadi Halfa Sudan 52.8






Tempat paling sejuk di dunia jatuh kepada tempat yang bernama Vostok, Antartika. Vostok mempunyai suhu yang sangat sejuk mencecah -89.2 darjah celcius. Cuba bayangkan ais yang bersuhu 0 darjah celsius  di Malaysia pun terasa sejuknya sampai ke tulang. Suhu tersebut diukur dalam bulan Jun ke Julai kerana kutub Antartika/selatan berapa pada ekuinoks musim sejuk. Walaubagaimanapun, suhu paling tinggi di tempat yang bernama Vostok tersebut masih berada pada suhu yang sangat sejuk iaitu -25 darjah celsius. Sapa2 yang berkulit gelap sket..confirm tinggal sebulan di Vostok kulit jadi putih melepak bila balik ke Malaysia. Tiada apa yang menarik di situ bagi saya. Berkemungkinan hanya saintis yang benar-benar berminat untuk tinggal di situ bagi menjalankan kajian.

Vostok dalam bulatan merah


Berikut adalah ranking tempat-tempat paling sejuk di dunia: 

1.Vostok, Antarctica -89.2 darjah C
2.Plateau Station, Antarctica -84.0
3.Oymyakon, Russia -71.1
4.Verkhoyansk, Russia -32.1
5.Northice, Greenland -66.0
6.Eismitte, Greenland -64.6
7.Snag,Yukon, Canada -63.0
8.Prospect Creek, Alaska, US -26.6
9.Fort Selkirk, Yukon, Canada -23.3
10.Rogers Pass, Montana, US -56.5  
    

Sunday, June 19, 2011

Wahai Lelaki,Hormatilah Isteri Anda

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.


01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.


Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga. Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai. Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga
 
credit given to iluvislam

Nasi Lemak..sian awak dipersalahkan di atas kegemukkan org lain..

Tak setuju betul bila ada pihak menyalahkan nasi lemak semata-mata menjadi faktor masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah.Terdapat banyak sebab lain masalah ini timbul di antaranya...ibu bapa bekerjaya lebih mudah memberi anak-anak makan fast food and frozen food  seperti nugget, drumet, fish ball, fench fries, burger dan seangkatan dengannya seperti KFC, McD, pizza hut etc. Tambahan lagi gaya hidup zaman sekarang yang terlampau sedentari menjadikan kanak-kanak mengalami masalah obesiti kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak zaman kini lebih suka menghadap televisyen, bemain pc games, bermain PSP, dan melayari internet berbanding bermain kejar-kejar, memanjat pokok, merayap ke rumah jiran, mahupun bermain polis entry. Jadi..memang tidak masuk akal betul bl nasi lemak dipersalahkan..lain la hal ini berlaku sejak dulu lagi...ye tak??

p/s: Budak-budak sekarang gemuk sebab pemalas.asik tido je.basuh pinggan sebijik pn liat
 

hang out with my best oldie friend~NOR 'ATIKAH AB RAHIM

She's my best friend since TASKI time about 17 years ago..Then the friendship continued to the primary school. We was in the same class and since we both in low rank class, her mother (teacher aka ustazah in the school) persuaded her to change to the 1st class known as 1 Bestari. She refused to do so if her mother not bring me along to the new class. Ok....for sure her mother wanna put her daughter to the 1st class right (the class for standard one had no rank-performance-based but in fact 1 Bestari was a 1st ranked class). Our friendship was on until we were in standard 2 which she had been transfered to the another school. Maybe on that time i have no feeling at all losing someone closest to me coz i still had many good friends. We have no contacted each other until she came back to our school during we were in standard 5 if i'm not mistaken. yaa..i was really suprised for that but surely really happy..we recontinued the close relationship and strive together for UPSR. Alhamdulillah...we both got 5A's in exam and the time we were seperated was come again. She had been called by SMAP Labu in negeri sembilan whereby i had been offered by SMS Kota Tinggi a boarding school (SBP). Since after that..we were not met until yesterday..we really appreciate the moments we met. She now studying in USIM taking course of Shariah in Law. Hopefully she'll reach the successful line in a bit more time...

 
The ukhuwah never ends until our last breath

Saturday, June 18, 2011

The funny quotes from SEPAH..haha

"aku setakat bapak william tu aku panggil pok teh je"

"melayu kan mudah lupa..kalau dia ingat dia mesti balik punyer"

 "ko percaya sangat la cakap si tuah tu..dia pun hilang entah ke mana"

jep:"gajah yang bertahun-tahun tak makan nasi pun gemuk juga" shuib:"itu binatang...abang binatang ke?"
    
shuib:"abang amalkan makan sandwich pagi sekali, tgh hari sekali dan malam sekali" jep:" ok,tapi selepas makan atau sebelum makan? "shuib:"ish abg ni ingat makan ubat ape.."

mamat ada masalah bau badan dan dia sangat stress sampai nak bunuh diri dengan makan friskies.mamat kemudian dikejarkan ke hospital.jadi mamat bertanye kepada doktor jep camne nak selesaikan masalah bau badan.jadi jep jawab '' tukar nama Malang..sebab malang tak berbau"
  
  




Friday, June 17, 2011

jualan hari pertama

Alhamdulillah...hari pertama  menjual donut sngt memenatkan badan.mana taknye awal pagi dh bangun, kemas umah, g kedai beli barang masak, masak spageti pastu belah ptg pulak sibuk uruskan donut.start pukul 1 tgh hari doh donut telah diuli. kemudian donut dibentuk menggunakan doughnut cutter yang baru dibeli semalam.lepas siap sume dibentuk, goreng pulak..lepas goreng kne deco plak dan selepas deco donat dibungkus ke dalam plastik...jual la donat keliling umah..hehe..nasib laku gak donat aku ni..

Ni la doughnut with coloured rice and pic kat belakang dia doughnut with choc rice

Ni la pic cara pembungkusan donat yang so simple. 1 bungkus ade 2 biji donat.

 Hasil jualan keliling umah tu dapat la RM23.jadilah. xwat banyk pun donat tu. tepung gandum yang digunakan pn hanya stengah kilo je. RM 23 kali ngan 10 hari..dapat gak RM230.ye tak.sape yang nak bagi tu kalau dok umah tak wat ape2 time cuti2 ni kan? Agak2 kalau tolak modal dapat la srtus lbh utk 10 hari tersebut.Yang paling penting aku rasa happy je time wat donat tu. Cume time jual tu je agak stress sbb kne wat muka tebal n kne pakai topeng ceria sokmo..hahahahaha...

Tuesday, June 14, 2011

doughnut 1st time made...

Waktu cuti-cuti ni aku tak tau nak wat ape selain mengemas umah n masak. Mula-mula pikir aku nak menjual nasi lemak je. tapi bila pikir2 balik wat nasi lemak leceh sket. n nak membungkus lagi satu hal.nk mencari daun pisang di mana pulak. tambahan lagi klau nak jual nasi lemak harusla waktu pagi. aku tak sanggup kot nk bngun awal pg setiap hari.tak mampu rasanya. jadi bila aku pikir2 balik...hmmm..ape kata menjual donat pd waktu petang. deco la sket ngn coloured rice or choc chip.mesti ade org nk beli if jual dari umah ke umah setiap ptg. so the 1st step adalah wat demo untuk membuat donut dahulu. search punya search dpt plak resepi dari website dari dapur azli razali.kredit diberikan kepada chef azli.hehe..ni dia resepinya

Bahan-bahan:


500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega 2 biji telur
Cara membuatnya pulak:
  1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.
  2. Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
  3. Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
  4. Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut 5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
  5. Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  6. Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan.
    Nak tgk hasilnya...nah..ini dia...si gebu
    walaupun rupa dia x cantik sebab x guna doughnut cutter yang sepatutnya, rasa dia...sodap...very fluffy..hehe.ni blum deco lagi...mintak2 la tahan kefluffian dia nak dapt menarik minat jiran-jiran untuk membelinye..wahaaa...



Sunday, May 1, 2011

Kate Middleton Wedding Dress


1st time mata terpacak kt bju kate..mmg jatuh cinta habis kt bju dia...dari leher sampai ke hujung kain suka sangat tgk.corak kain lace dia cantik, ropol kt pinggang n kain dia mmg unik.santeeek sangat..pastu start plak berangan nk pkai dress kawen cm tu tp kne modify la bg islamic looked as kita ni org islam.disebabkan bhgian lengan tu nmpak aurat, aku konon2 la nk bg lining kaler baby blue.Princess kate mmg serius sngt cantik kalah citer cinderella. So aku pn nk jd cm princess gak even x kawen ngn putera raja at least kwen ngan raja sehari..kui2.



Jom usha lagi baju kate

The ivory and white  silk gazar wedding dress with V-neck lace bodice is a delightful combination of traditional and modern elements.

Mencari Mr Right

Bagaimana nak mencari Mr Right ye?maksud aku seorang lelaki yang menjadi pasangan terbaik untuk kita.Dia tak semestinya sempurna tapi dia adalah orang yang terbaik untuk kita. Kita boleh menerima dia dan dia menerima kita dengan tahap paling ikhlas. Mungkin kita akan bersetuju untuk menerima seseorang lelaki dalam hidup kita walaupun terdapat kekurangan yang ade pada dirinya. Dan kita menerima lelaki itu untuk beberapa sebab. Sebagai contoh seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah berbanding si perempuan. Walaupun si lelaki kurang educated dan kurang up to date dengan perubahan semasa, tetapi dia adalah seorang yang beriman, menghormati orang tua, dan rajin bekerja serta mampu menjadi imam ketika solat berjemaah bersama di dalam rumah. Kemudian compare plak lelaki yang bergaya, up to date dan educated tetapi busy memanjang, tiada masa untuk solat berjemaah bersama, tahap caring yang kurang,suka membangga diri ditambah pula dengan sikap gatal. Agak-agak lelaki mana yang menjadi pilihan hati? Sukar untuk mencari lelaki yang seimbang dari pelbagai sisi dan sudut. Aku mendamba pasangan yang sederhana, kekufu dan sefikrah agar rentak jalan kami seiring, nada sekata, saling memahami dan melengkapi. Pernah kutemui dia yang kugelar sebagai permata pengganti kepada si kaca, dia seorang yang paling serasi denganku, namun telah tertulis aku bukan dari tulang rusuk kirinya, aku redha andai itu adalah yang terbaik untuk kami berdua. Biar masa berputar, harapanku takkan putus menunggu pemilik tulang rusuk ini. Siapa agaknya pemilik tulang rusuk ini? aku harapkan si dia akan temui tulang rusuknya sebelum tulang rusuk ini genap berusia 25tahun.

Sunday, February 27, 2011

susu kambing Hi Goat


Tidak menyebabkan alahan, Menguatkan sistem imunisasi, Bersifat alkali, Meningkatkan daya peka dan tumpuan, Melancarkan sistem penghadaman dan usus, Membantu mengubati Kanser, Demam Kuning, Gastrik, Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Ulser, Sukar Tidur dll, Mengimbangi gula dalam darah, Tidak sebabkan kahak , Awet muda 
  • Tinggi PROTEIN
  • Tinggi KALSIUM, SELENIUM, dan vitamin