Sunday, May 1, 2011

Mencari Mr Right

Bagaimana nak mencari Mr Right ye?maksud aku seorang lelaki yang menjadi pasangan terbaik untuk kita.Dia tak semestinya sempurna tapi dia adalah orang yang terbaik untuk kita. Kita boleh menerima dia dan dia menerima kita dengan tahap paling ikhlas. Mungkin kita akan bersetuju untuk menerima seseorang lelaki dalam hidup kita walaupun terdapat kekurangan yang ade pada dirinya. Dan kita menerima lelaki itu untuk beberapa sebab. Sebagai contoh seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah berbanding si perempuan. Walaupun si lelaki kurang educated dan kurang up to date dengan perubahan semasa, tetapi dia adalah seorang yang beriman, menghormati orang tua, dan rajin bekerja serta mampu menjadi imam ketika solat berjemaah bersama di dalam rumah. Kemudian compare plak lelaki yang bergaya, up to date dan educated tetapi busy memanjang, tiada masa untuk solat berjemaah bersama, tahap caring yang kurang,suka membangga diri ditambah pula dengan sikap gatal. Agak-agak lelaki mana yang menjadi pilihan hati? Sukar untuk mencari lelaki yang seimbang dari pelbagai sisi dan sudut. Aku mendamba pasangan yang sederhana, kekufu dan sefikrah agar rentak jalan kami seiring, nada sekata, saling memahami dan melengkapi. Pernah kutemui dia yang kugelar sebagai permata pengganti kepada si kaca, dia seorang yang paling serasi denganku, namun telah tertulis aku bukan dari tulang rusuk kirinya, aku redha andai itu adalah yang terbaik untuk kami berdua. Biar masa berputar, harapanku takkan putus menunggu pemilik tulang rusuk ini. Siapa agaknya pemilik tulang rusuk ini? aku harapkan si dia akan temui tulang rusuknya sebelum tulang rusuk ini genap berusia 25tahun.

No comments:

Post a Comment