Sunday, June 19, 2011

Nasi Lemak..sian awak dipersalahkan di atas kegemukkan org lain..

Tak setuju betul bila ada pihak menyalahkan nasi lemak semata-mata menjadi faktor masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah.Terdapat banyak sebab lain masalah ini timbul di antaranya...ibu bapa bekerjaya lebih mudah memberi anak-anak makan fast food and frozen food  seperti nugget, drumet, fish ball, fench fries, burger dan seangkatan dengannya seperti KFC, McD, pizza hut etc. Tambahan lagi gaya hidup zaman sekarang yang terlampau sedentari menjadikan kanak-kanak mengalami masalah obesiti kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak zaman kini lebih suka menghadap televisyen, bemain pc games, bermain PSP, dan melayari internet berbanding bermain kejar-kejar, memanjat pokok, merayap ke rumah jiran, mahupun bermain polis entry. Jadi..memang tidak masuk akal betul bl nasi lemak dipersalahkan..lain la hal ini berlaku sejak dulu lagi...ye tak??

p/s: Budak-budak sekarang gemuk sebab pemalas.asik tido je.basuh pinggan sebijik pn liat
 

No comments:

Post a Comment