Tuesday, June 21, 2011

Tempat paling panas dan paling sejuk di dunia...nak tau?check it out.~

Tempat paling panas di dunia terletak di negara Libya. Tempat tersebut yang diberi nama Al-Aziziyah mempunyai suhu yang panas mencecah 58.0 darjah celsius. Kebanyakan negara yang terletak di timur tengah dan afrika menjadi kawasan yang terpanas di bumi ni di samping US juga mempunyai tempat paling panas bernama Greenland Ranch.

Peta negara Libya

Bukit bukau di Al-Aziziyah

Ranking tempat-tempat paling panas di dunia:
1.Al'Aziziyah Libya 58.0 darjah C
2.Greenland Ranch, Death Valley United States 56.0
3.Ghudamis Libya 55.0
4.Kebili Tunisia 55.0
5.Timbouctou Mali 54.5
6.Araouane Mali 54.4
7.Tirat Tavi Israel 53.9
8.Ahwaz Iran 53.5
9.Agha Jari Iran 53.3
10.Wadi Halfa Sudan 52.8






Tempat paling sejuk di dunia jatuh kepada tempat yang bernama Vostok, Antartika. Vostok mempunyai suhu yang sangat sejuk mencecah -89.2 darjah celcius. Cuba bayangkan ais yang bersuhu 0 darjah celsius  di Malaysia pun terasa sejuknya sampai ke tulang. Suhu tersebut diukur dalam bulan Jun ke Julai kerana kutub Antartika/selatan berapa pada ekuinoks musim sejuk. Walaubagaimanapun, suhu paling tinggi di tempat yang bernama Vostok tersebut masih berada pada suhu yang sangat sejuk iaitu -25 darjah celsius. Sapa2 yang berkulit gelap sket..confirm tinggal sebulan di Vostok kulit jadi putih melepak bila balik ke Malaysia. Tiada apa yang menarik di situ bagi saya. Berkemungkinan hanya saintis yang benar-benar berminat untuk tinggal di situ bagi menjalankan kajian.

Vostok dalam bulatan merah


Berikut adalah ranking tempat-tempat paling sejuk di dunia: 

1.Vostok, Antarctica -89.2 darjah C
2.Plateau Station, Antarctica -84.0
3.Oymyakon, Russia -71.1
4.Verkhoyansk, Russia -32.1
5.Northice, Greenland -66.0
6.Eismitte, Greenland -64.6
7.Snag,Yukon, Canada -63.0
8.Prospect Creek, Alaska, US -26.6
9.Fort Selkirk, Yukon, Canada -23.3
10.Rogers Pass, Montana, US -56.5  
    

No comments:

Post a Comment